NATURAL ADVOCATES

Siapa Natural Advocates?

33364907_10156318345109054_8018115320659050496_n

Natural Advocates adalah sebuah kelab yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran terhadap kebaikan penggunaan bahan natural berbanding bahan yang mempunyai bahan kimia berbahaya bermula dari keperluan dan kelengkapan harian di rumah, hinggalah makanan, minuman dan juga bahan penjagaan badan dari rambut ke kaki. Ia bermula dari individu ke individu tanpa mengira usia, bangsa, agama dan juga apa jua profesion. Kami mempromosikan “toxic free lifestyle” dan “say yes to natural living”

Berikut ialah link pendaftaran ahli kelab Natural Advocates

Ahli Biasa :

https://docs.google.com/…/16HO7O-yFH_v99aSyMg69QCxifSO…/edit

VENDOR :
https://docs.google.com/…/1uyUEYpzAmEMe2e-TupEQEJvxVP0…/edit

Bagaimana menjadi Ahli Kelab Natural Advocates?

Buat masa ini kami hanya membuka keahlian secara Tahunan di mana ianya adalah RM 30/mengikut tahun.

Kelebihan menjadi ahli kelab Natural Advocates?

1. Menerima kad keahlian dengan no ID. Kad keahlian boleh diambil di mana mana booth Natural Advocates dan layak Menerima 1 cawan lemonade drink homemade dari team Natural Advocates.

2. Menerima voucher RM 5 untuk digunakan di mana mana booth Natural Advocates Dan juga di event Natural Bazar.

3. Menerima hadiah ketika hari lahir yang boleh ditebus di mana mana booth Natural Advocates , Dan juga di event Natural Bazar.

4. Menjadi yang terawal mengetahui Info aktiviti dan promosi tahunan kelab.

5. Pemegang kad layak menerima diskaun 5% di mana mana booth Natural Advocates.

Pendaftaran Vendor sebagai Ahli Kelab Natural Advocates.

Buat masa ini kami hanya membuka keahlian secara Tahunan di mana ianya adalah RM 50/mengikut tahun untuk vendor.

Kelebihan vendor berdaftar sebagai ahli kelab.

1. Promosi JENAMA anda dari Natural Advocates sebanyak 2 kali setahun

2. Vendor berdaftar diskaun fee booth 5%

3. Listed as preferred seller di kelab Natural Advocates

Sebarang masalah atau solan sila email kan ke Naturaladvocates18@gmail.com

 

43419339_10156655993059054_8564098602777968640_o

Di bawah ialah AJK tertinggi kelab.

43596038_10156697061344054_7082116387786719232_o

 

Jangan lupa daftar sebagai ahli!

 

Regards,

KAK HIJO

HARI WANITA CANTIK

Wow, menarik sangat tajuknya kan. Well, actualy, Kak Hijo nak bagitahu bahawa, 11 Nov nanti, Kak Hijo akan ada di majlis Hari Wanita Cantik ni.

43006813_10156604073674318_509431164809773056_n.jpg

InshaAllah, Kak Hijo sedaya upaya nak hadiri majlis ini sebagai peserta dan juga vendor dengan geng Natural Advocates.

Kak Hijo macam biasa nak ajak wanita lain jadi go green. Cantik bukan sekadar cantik. Cantik dalam erti kata yang mendalam, less waste or completely #zero waste. Wanita yang cantik mestilah wanita yang :

 

  • zero waste period
  • Arty party in the pants
  • natural period
  • pain free period
  • toxic free period

By semua lists di atas, kita sebagai wanita akan jadi lebih “cantik” during menses period. Takdelah terbongkang je kan.

This is closed and private event, rasanya, but, you can ask if you want to join me. I will ask directly with the organiser.

Hopefully, public can come and buy our natural products.

“SUPPORT NATURAL PRODUCTS, SUPPORT HANDMADE PRODUCTS”

 

Lovely,

KAK HIJO

Booth #Gegariaictupm

Alhamdulillah selesai booth di #gegariaictupm pada 23, 24 dan 25 Oktober yang lalu. Terima kasih kepada yang sudi hadir dan membeli item di Hijo.

Adik-adik Fakulti Alam Sekitar UPM beli metal straw. #taknakstraw

44757170_10156657968265279_462058414269267968_n

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

Ibu ini belikan cloth pad untuk anaknya. Alhamdulillah. Booster pad pun habis dibelinya khas untuk pastikan aliran darah tepat dan seimbang, rata dalam pad tersebut.

44733924_10156657968375279_372899089387356160_n.jpg

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

Kalau ada antara anda yang mahukan booster pad atau inter labia pad, boleh hubungi Hijo di wasap.my/60197771045

 

Jumpa lagi nanti! Pastikan anda juga berubah untuk sama-sama kita plihkan Bumi kita!

Regards,

KAK HIJO

Saiz dan harga Hijo

Selamat pagi semua!

Eh banyak masa kak hijo hari ini nak menulis. Alhamdulillah walaupun tak ada air di kawasan Selangor, ada juga rezeki lain Allah beri untuk menyampaikan ilmu yang sedikit ini.

Hari ini Hijo nak kongsikan saiz pad yang sesuai ikut masa yang kita nak guna.

Boleh rujuk carta di bawah hijo sertakan dengan harga sekali, ya. So senang kalau cikpuan nak order terus He he he

Hijo Pad High-Res@4x-100 (2).jpg

Dah lihat carta di atas, bukan? Maka, mudahlah untuk anda membuat pilihan saiz pad yang mana yang anda suka.

Pad yang normal, ialah saiz MEDIUM. Aliran darah normal dan tidak terlalu aktif boleh guna MEDIUM sehingga 3 jam maksimum.

Jika period anda mulai hari pertama sudah biasa sahaja, maka, mediumlah yang sesuai untuk anda. Hari seterusnya, anda hanya perlu guna panty liner sahaja. Panty liner hijo ada lapisan kalis bocor. Jadi, jangan risau, darah atau terkencing ketika bersin atau batuk, InshaAllah tidak akan bocor.

Overnight pula sesuai dipakai sepanjang malam. Anda tidak akan rasa berekor langsung! Lembut pada kulit dan sangat selesa sepanjang malam.

MATERNITY PAD. Kenapa hijo capslock maternity pad, sebab, pad ini paling penting dan paling orang ragu-ragu nak beli. Maternity pad tidak bergantung kepada ketebalannya, tetapi bergantung kepada kelebarannya. Darah nifas terutamanya pada hari pertama sehingga hari ke7 akan keluar dengan cara gushing, terkeluar darah nifas dengan banyak dan mengalir tanpa boleh kita tahan. Maka saiz pad yang lebar dapat tampung darah tersebut daripada mengalir ke tepi.

Itulah pentingnya pad dalam pantang. Tebal mana tak penting, sebab darah yang gushing memang lambat nak serap ke dalam, cepat-cepatlah tukar pad supaya selesa, luka bersalin bersih dan tiada jangkitan.

Selain bentuk normal pad begini, Hijo juga ada keluarkan pad bentuk kucing.

Saiz MEDIUM dan PANTY LINER.

So kalau nak order, bagitahu ya.

FB Kak Hijo https://www.facebook.com/norazlin.kamarudin

Facebook page Hijo https://www.facebook.com/hijoclothpad/

atau http://www.wasap.my/60197771045

 

Best regards,

Kak Hijo

Maternity Pad FAQ

Assalamualaikum and hi all.

Alhamdulillah, masih ada masa nak menulis di sini walaupun rasa kekangan masa tu ada banyak sangat! Tapi semua tu tak boleh nak dijadikan sebagai alasa. Ramai lagi yang sibuk, tapi masih ada masa nak memandaikan bangsa dan budaya.

Baiklah, saya berbalik kepada tajuk asal hari ini.  FAQ tentang maternity pad. Ramai ibu yang bersalin nak beli cloth pad, tapi mereka ragu-ragu jumlah dan saiz yang mereka perlukan.

Sebenarnya, bergantung kepada diri sendiri. Dan juga sejarah kelahiran yang lalu. maksudnya di sini

  1. Saiz pad yang bagaimana anda suka?
  2. Sama ada anda memang suka saiz besar-besar dan panjang-panjang. Ataupun anda suka saiz yang biasa sahaja tidak besar dan panjang, means : Medium. Maka dari sini anda sudah boleh jangka, saiz pad yang bagaimana sesuai untuk anda.
  3. Adakah anda bersalin sebelum ini memang darah nifas yang sangat banyak selama berminggu-minggu, atau hanya minggu pertama sahaja yang banyak.
  4. Adakah anda ibu pertama kali bersalin? Maka ikutlah konsep awal iaitu minggu pertama sahaja darah nifas banyak minggu seterusnya boleh pakai pad biasa.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan di sini bahawa, setiap individu itu tidak sama. Maka jangan ikut cara orang lain. Cuma, secara normalnya, ibu dalam pantang normal ataupun kelahiran melalui pembedahan, hanya akan mengalami pendarahan darah nifas yang banyak pada minggu pertama sahaja.

Maka, ibu boleh pilih set asal (normal delivery) (csect) seperti di bawah :

Hijo menyarankan untuk ibu kerap tukar pad untuk mengelakkan daripada rasa tidak selesa ataupun paling teruk jangkitan bakteria. (Pakai pad pakai buang pun ada risiko jangkitan tau kalau tak tukar pad)

Lebih jimat dan lebih bersih sekiranya ibu kerap tukar cloth pad. Bila ada rasa gushing, teruslah tukar. Janganlah biarkan darah berada pada badan anda terlalu lama. Tak rugi pun tukar selalu, sebab anda tak perlu beli pad lagi. Dah cukup set lengkap ini untuk anda rotate penggunaan pad selama dalam pantang. Kalau ada budget lebih, bolehlah beli 2 set, dan jangan lupa, ada diskaun untuk pembeli yang belian lebih RM200. Hadiah misteri pula untuk pembeli yang buat belian lebih RM500.

 

InshaAllah, hijo akan buka keahlian selepas ini. GOLD member pasti akan dapat banyak benefits. SILVER pula akan dapat hadiah sesuai dengan harga belian.

 

Teruskan menyokong Hijo. Tanpa anda, Hijo takkan membesar dengan jayanya. Sokong Hijo, Selamatkan Bumi kita.

 

Best regards,

Kak Hijo